Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN NOMBOR PENDAFTARAN KHAS UITM

1.    Pembelian terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2.    Pembeli dibenarkan membida dan membeli lebih dari satu (1) nombor.

3.    Nombor pendaftaran khas kenderaan UiTM hanya boleh digunakan untuk daftar kenderaan Malaysia sahaja.

4.    Semua pembelian hendaklah dilakukan melalui bidaan terbuka di laman rasmi portal bidaan UiTM, https://uitmbida1.uitm.edu.my 

5.    Semua bidaan dalam talian memerlukan penggunaan kad kredit dan perbankan dalam talian (FPX) dan lain-lain.  

6.    Tiada deposit akan diambil untuk pembelian plat. Pembida hendaklah membayar keseluruhan nilai bidaan pertama sahaja. Setelah keputusan menang diterima, pembida boleh membuat bayaran selebihnya untuk menuntut sijil daripada Unit Jualan Nombor Pendaftaran Khas UiTM. Baki bidaan hendaklah dilunaskan dalam tempoh 3 hari bekerja.

7.    Setiap bidaan dijadualkan untuk tamat pada pukul 12.00 tengahari. Jika terdapat bidaan diletakkan dalam masa 5 minit terakhir sebelum tamat, bidaan tersebut akan akan dipanjangkan selama 5 minit tambahan. Setiap bidaan tambahan akan dipanjangkan untuk selama 5 minit tambahan. Sehubungan itu, ada bidaan yang akan tamat tepat jam 12.00 tengahari dan mungkin berbeza untuk yang lain. Kesemua keputusan bidaan adalah melalui portal bidaan UiTM adalah muktamad dan sebarang rayuan/permohonan perubahan tidak akan dilayan. 

8. Bukti bayaran berjaya bukan bukti bidaan menang atau kalah kerana sistem memerlukan masa untuk memproses bidaan setelah bayaran berjaya diterima. Oleh itu, elakkan membuat bayaran di saat-saat akhir bidaan.

9.    Pendaftaran dan kegunaan nombor pendaftaran khas kenderaan UiTM masih tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya, Kementerian Pengangkutan Malaysia. 

10.    
       a. Pertukaran nama pemilikan bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah dimenangi dibolehkan sebelum pendaftaran dibuat di JPJ dan hanya boleh dibuat setelah pembida berjaya melunaskan sepenuhnya jumlah bidaan.
       b. Resit dan sijil rasmi tawaran nombor pendaftaran khas kenderaan UiTM akan dikeluarkan secara automatik setelah tiga (3) hari bekerja dan sebarang perubahan/rayuan tidak akan dilayan. 

11.    Sistem bidaan atas talian akan dikemaskini setiap hari jam 12 tengahari dan pembida berjaya akan dipaparkan di dalam profil pembida berdaftar. Pembida berjaya juga akan diberikan notifikasi melalui portal dan e-mel (jika maklumat diberikan).

12.    Arahan pendaftaran setelah berjaya dan menerima sijil tawaran dari Unit Jualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan:
        a. Pembeli perlu menghubungi Unit Jualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM dan memilih tarikh untuk mengambil resit dan sijil tawaran rasmi dari pejabat Unit Jualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM. Pengambilan sijil perlu dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya sijil dibatalkan. 
        b. Pendaftaran nombor khas kenderaan UiTM tersebut perlu didaftarkan dalam tempoh 12 bulan di JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau JPJ Padang Jawa, Shah Alam. Untuk permohonan lanjutan tempoh, boleh hubungi pihak JPJ bagi tujuan tersebut.
        c. Sebarang pindah-milik setelah nombor khas UITM didaftarkan pada kenderaan hendaklah berurusan dengan bahagian JPJ.

13.    Resit dan sijil tawaran asal hanya akan dikeluarkan sekali. Pihak pembida berjaya dinasihatkan menyimpan sijil tawaran rasmi dengan baik dan tidak cuai. Cetakan semula sijil tawaran rasmi hanya boleh dilakukan jika bukti kehilangan yang sahih (cth; laporan polis) dapat dikemukakan dan akan dikenakan caj RM50. 

14.    Segala keputusan bidaan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. UiTM mengamalkan polisi tiada hadiah dan berharap semua pihak menghormati proses penjualan plat kenderaan khas ini. 

 
SYARAT-SYARAT KHAS LAIN PENJUALAN

1.    Kategori plat Unggul bagi Nombor khas UITM1 hingga UITM9 adalah tidak dibida. Ianya boleh dimiliki melalui sumbangan endowmen kepada Universiti. Sila hubungi Unit Endowmen UiTM di talian 013-6855596 atau 018-2233105 untuk keterangan lanjut.

2.    Kesemua harga bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan yang dipaparkan dalam sistem adalah muktamad dan telah diluluskan pihak pengurusan tertinggi universiti.