UiTMBida merupakan sistem bidaan universiti yang diwujudkan bagi membolehkan warga UiTM dan alumni serta orang awam membeli nombor pendaftaran khas kenderaan UiTM. Nombor pendaftaran khas yang ditawarkan bermula dengan abjad 'UITM' diikuti dengan rangkaian nombor terpilih dan hanya boleh didapati secara eksklusif di dalam sistem UiTMBida.